Showing posts with label salah faham. Show all posts
Showing posts with label salah faham. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Mengapa Kitab Fadhail A'mal?


Mengapa rakan usaha ugama menggunakan hanya beberapa kitab tertentu untuk rujukan atau di dalam bacaan halqah taklim?

Untuk artikel ini saya hanya memberikan sedikit pendapat dan ianya bukanlah pendapat umum cuma pendapat peribadi saya yang lemah shj. Sekiranya ada pembaikan dari artikel ini silalah maklumkan saya.

Ramai kawan-kawan saya sering bertanya kenapa asyik membaca kitab yg sama berulang-ulang kali sedangkan ada banyak kitab-kitab yg lebih besar dan lebih sahih seperti Hadith 40, Kitab Hadith Sahih Bukhari dan Muslim dan lain-lain.

Jawapan saya hanyalah mudah... "silibus taklim".

Usaha ugama ialah seolah madrasah dan semestinya ada silibus yang telah dimesyuaratkan sepertimana pihak kementerian menetapkan satu-satu silibus pembelajaran untuk setiap darjah dan tingkatan di kedua-dua sekolah rendah dan menengah.

Untuk majlis taklim di masjid dan di rumah, a'mir di Nizamudin telah menetapkan beberapa jenis kitab untuk amalan bacaan harian.

Kitab-kitab tersebut antara lain sebagai berikut:
  • Fahail A’mal oleh Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah. Satu jilid dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia dan juga Bahasa A’rab.
  • Fadhail Sadaqah Oleh Syeikhul Hadis Maulana Zakariyya Kandahlawi rah Juga dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Kedua kitab di atas dianjurkan untuk dibaca kepada umum kerana isinya mudah difahami dan kandunganya diperlukan dalam kehidupan sehari-hari oleh semua kalangan ummat.
  • Fadhail Haji dan Fadhail Salawat oleh Syeikhul hadis Maulana Muhammad Zakariyya Kandahlawi rah Juga dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia digalakan bibaca untuk umum ketika menjelang musiam Haji. Manakala Fadhail Selawat dibaca secara bersendirian.
  • Riyadhus Solihin oleh Imam Nawawi Ad Dimasqi rah dianjurkan untuk dibaca membaca dan menelaahnya sebanyak dan sekerap yang mungkin. Bagi kalangan rombongan Jemaah dari negera-negara A’rab digunakan dalam pembacaan Ta’lim harian mereka sebagai penganti Fadhail A’mal.
  • Hayatus Sahabah oleh Maulana Muhammad Yusof Kandahlawi rah dicetak dalam bahasa A’rab sebanyak tiga jilid. Digalakan menelaahnya oleh mereka-mereka yang berkebolehan berbahasa A’rab. Ianya dibaca diseluroh Markas-markas di seluroh dunia ketika malam perhimpunan selepas Solat Insya. Jilid pertama telah selesai diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.
  • Miskatul Masabbih oleh Imam Khatib At Tibrizi rah. Sebagai bacaan tambahan dan rujukan.
  • At Tarhib Wa Targhib oleh Imam Hafiz Al Munziri rah sebagai bacaan tambahan dan rujukan.
  • Al Abwabul Muntakhabah min Miskatil Masabbih oleh Maulana Muhammad Ilyas Al Kandahlawi rah. Sebagai bacaan tambahan dan rujukan.
  • Al Ahadissul Muntakhabah oleh Maulana Yusof Al Kandahlawi rah juga sebagai bacaan tambahan dan rujukan semasa.
  • Al Adaabul Mufrad oleh Imam Al Bukhori rah. Sebagai rujukan adab-adab.

(senarai kitab-kitab dan penjelasannya di ambil dari kitab Meluruskan Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh muka surat : 22- 23, Karangan Mulwi Ahmad Harun Al Rasyid , Temboro,Magetan Indonesia dengan sedikit pindaan untuk kesesuaian dalam Bahasa Malaysia)

Walau bagaimana pun kitab-kitab yang lain juga digalakan untuk membacanya secara persendirian.

Usaha ugama adalah usaha secara Istima'e dan perlulah dilaksanakan melalui mesyuarat dan nasihat dari amir dan ulamak-ulamak. Menggunakan kitab-kitab ini di majlis taklim seperti yang diputuskan melalui mesyuarat adalah sebagai suatu kemudahan untuk setiap orang Islam memahami dan mengamalkan agama.

Tujuan utama majlis taklim adalah untuk membina keyakinan ke atas janji-janji Allah. Ianya dipanggil "Ikhtisab" iaitu beramal dengan menyakini janji-janji yg Allah sediakan selain untuk mendapatkan nur Alquran dan Al-hadith.

Allahua'lam...
Baca Selanjutnya...

Friday, April 23, 2010

MENGAPA KELUAR 3HARI, 40HARI, 4BULAN?

Ramai pihak sering mempertikai bilangan-bilangan hari yang ditetapkan dalam rangka usaha mempelajari usaha ugama dan belajar melapangkan masa untuk ugama. Justeru saya sertakan artikel (masih copy paste) yg sesuai untuk menerangkan perihal ini.

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah:

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.

(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat keluar 5 tahun:
Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah).

(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)

Sahabat keluar 6 bulan:

Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.

Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan.

(Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)


Keluar 4 bulan:

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya

Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya

Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”

(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba belaiu mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu. Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha,

Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”

(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29) [seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]


Keluar 40 hari:

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?

(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Keluar 3 Hari:

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.

(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Fatwa Ulama:

Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan.

Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah...

Dan Allah Maha Mengetahui.

(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611, Askimam.com)
Baca Selanjutnya...

Adakah jihad diabaikan?


Mereka berkata:

"Orang orang Tabligh mengingkari jihad, dan mereka menganggap bahwa keadaan kaum muslimin sekarang ini seperti keadaan Rasulullah SAW dan sahabat sahabatnya semasa di Makkah sebelum hijrah"

Kami katakan: 

Apakah dalam ucapan ini terdapat aib, keburukan atau dosa sehingga Jama'ah Tabligh diburukkan dan dicaci maki karenanya?

Ini adalah ucapan setiap orang yang memiliki ilmu, akal dan kefahaman (yang benar) tentang keadaan umat Islam dan apa yang sedang terjadi di negeri negeri mereka dan apa yang menimpa kehidupan mereka. Maka mereka mereka yang dengan sombong menghina usaha da'wah dan mengajak kaum muslimin untuk berjihad (berperang) serta menyakiti hati orang orang yang tidak bersedia untuk itu, tolong beritahukan kepada kami, berapakah perang yang telah mereka laksanakan? Berapa negeri yang telah mereka bebaskan dan telah mereka tegakkan didalamnya syari'at Allah sehingga dapat dikatakan bahwa Jama'ah Tabligh meninggalkan jihad dan mundur darinya?

Yang sebenamya terjadi hanyalah bahwa orang orang Tabligh tidak mendorong/menggalakkan kepada jihad di Afganistan karena kesibukan mereka dalam da'wah. Dan apabila terdapat satu orang atau beberapa orang, zuhud terhadap jihad Afganistan dan memandang bahwa da'wah kepada perbaikan diri dan pendidikan akhlak lebih diutamakan dari pada jihad, hal ini bukan merupakan aib yang memburukkan Jama'ah Tabligh baik di Timur atau Barat.

Jawapan ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy
Reaktor Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh”
Baca Selanjutnya...

Kenapa berdakwah sedangkan ilmu belum sempurna?

Soalan: Bolehkah seseorang keluar bertabligh bilamana dia sendiri tidak tahu pun solah jenazah dan tidak tahu makna satu ayat pun dari Al-Quran? 

Jawapan:

Maksud usaha tabligh dan juga Jamaah Tabligh adalah belajar menghayati agama dan mengajak orang ramai menghayati agama. Ramai orang yang pada mulanya amat jahil mengenai agama, tetapi setelah keluar bersama Jamaah Tabligh selama 40 hari sekali atau dua kali, mereka dapat belajar memperbetulkan solah, wudhu’ mandi, Quran, solah janazah, dan berbagai aspek agama yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin sepanjang hayat jika belajar di rumah disebabkan kesibukan dan tanggungjawab yang lain – itu pun jika mereka berpeluang beri masa untuk belajar. 


Ramai yang telah mempelajari ahadith dan boleh memberikan bayan seperti seorang ulama’. Jamaah Tabligh juga berperanan seperti madrasah dan menawarkan kaedah mudah untuk menghayati agama untuk orangramai yang tidak dapat belajar agama secara formal di madrasah.

Dan Allah Ta’ala Maha Mengetahui.

Oleh Hadhrat Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahmatullah alayh), Mufti Besar Darul Ulum Deoband, dikeluarkan pada 24 Muharram 1388 (dipetik dari Fataawaa Mahmudiyyah (Jilid 12 m/s 235-250)
Baca Selanjutnya...

Mengapa berdakwah dari rumah ke rumah?

Soalan: 

Mengapa perlu buat dakwah dari rumah ke rumah?

Jawapan I:

Untuk jawapan awal, suka saya nyatakan, kadang-kadang, sesuatu usul atau manhaj tidak didapati dengan sorih. Memang tidak akan didapati hadith yang menyatakan seperti, bersabda Rasulullah s.a.w., "aku telah pergi hari ini ke rumah si poolan.. kemudian si polan.. bla.. bla.."

Bagaimana pun, jika kawan saudara itu benar-benar bersekolah agama dan mempunyai kebolehan untuk menatap kitab-kitab sirah, pasti persoalan ini tidak akan timbul.

dalil, kadang-kadang diambil daripada 'mafhum' (yg boleh difahami) dan bukannya 'mantuq'(yg dituturkan/diceritakan).

Berkenaan dari rumah ke rumah minta kawan saudara buka kitab Hayatus-Sahabah dan baca ulang-ulang kali bab Dakwah Rasulullah dan Para Sahabat, semuanya terdapat pada jilid 1 ( bagi versi asal berbahasa Arab - bagi terjemahan Inggeris dan melayu, itu bergantung kpd cetakannya).

Oleh kerana kawan saudara itu bersekolah Arab, saya membuat anggapan dia mampu memahami bahasa Arab, dan semasa membaca riwayat-riwayat yang disusun oleh Maulana Yusuf rah.a. di dalam Hayatus-Sahabah, beliau mestilah faham gambaran keadaan bangsa Arab seperti cara susunan kabilah dan bani mereka, apakah yg dimaksudkan dengan 'Daar', perkampungan, cara susunatur rumah mereka. Inilah yg dinamakan sebagai 'mafhum'.
Sebagai contoh, satu petikan dripada kitab Hayatus-Sahabah;

"Ibnu Ishak juga menukilkan daripada Az-Zuhri, bahawa Rasulullah (s.a.w.) pernah juga menemui suku Kindah di 'daar'(perkampungan) mereka, dan berjumpa sendiri penghulu mereka bernama Malik. Baginda mengajak mereka beriman kepada Allah Azza Wa Jalla....." (Al Bidayah wa Ani-Nihayah 3: 139)

Di dalam riwayat ini, Nabi sa.w. diberitakan telah mendatangi suku Kindah. maknanya, Rasulullah s.a.w. telah PERGI kepada mereka, bukannya hanya menanti mereka datang kepada baginda.

Dan Rasulullah s.a.w telah menemui mereka di 'daar' mereka. 'Daar' ertinya rumah. Tentulah salah jika kita nak faham 'daar' itu dengan sebiji rumah. Ini kerana pada zaman itu, bangsa Arab akan duduk berkelompok mengikut kabilah atau suku masing-masing. Maka kelompok rumah-rumah ini dinamakan 'daar', samada 'daar' Kabilah atau daar Bani. Contohnya dalam perkampungan suku kaum Kalb, terdapat pula daar Bani Abdullah.

Jika demikian, bagaimanakah caranya Rasulullah s.a.w. berdakwah kepada mereka jika tidak pergi dari lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu?

Dalam riwayat ini juga menunjukkan, Rasulllah sa.w. menemui mereka dan mendakwah mereka kepada iman di rumah2 mereka, bukannya di khemah2 mereka pada musim haji. Manakala riwayat berkenaan usaha baginda s.a.w. berdakwah kpd mereka semasa musim haji, lebih jelas lagi caranya diberitakan. Dimana hadrat Abu bakr r.a. akan menjadi rehbar/dalil, Rasulullah s.a.w. sebagai Mutakallim, dan bersama mereka ialah Hadrat Ali r.a.. Tentunya Rasulullah s.a.w. merangkap amir. mana mungkin Hadrat Ali menjadi amir, sedangkan Rasulullah s.a.w. bersama mereka. lalu ketiga2 orang ini akan pergi dari khemah ke khemah di Mina.

Jawapan II :

Di sini suka saya memantapkan lagi muzakarah berkenaan adakah tidak dalil bahawa Rasulullah s.a.w. menjalankan dakwah baginda dari rumah ke rumah.

Dengan merujuk kepada Kitab Hayatus-Sahabah Jilid 1, cetakan Kutubkhanah Faidhi, Lahore, m.s. 79 (ini juga sebagai pembaikan yg lebih tepat kepada posting saya yg terdahulu):

Dan dikeluarkan juga oleh Ibnu Ishaq daripada Az-Zuhri: bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mendatangi kabilah Kindah di ‘manaazilihim’ dan dikalangan mereka seorang ketua yang dikenali sebagai Mulaih, maka Rasulullah s.a.w. telah mendakwah mereka kepada Allah, dan membentangkan kepada mereka mengenai diri banginda; tetapi mereka menolaknya.

Pemerhatian:

1. kalimah yg digunakan di sini ialah “manazilihim”. Manazil ilah kata jamak/plural kepada ‘manzil’ yang bererti rumah. Maknanya di sini, Rasulullah s.a.w. telah pergi ke perkampungan Kindah dan telah pergi dari rumah ke rumah untuk membentangkan dakwah kepada mereka. Termasuklah rumah ketua mereka yang bernama Mulaih.

2. jelas di sini, Rasulullah s.a.w. sendiri telah PERGI kepada mereka, dan bukannya menanti mereka.

Dalam mukasurat 195 kitab yang sama:

Ibnu Ishaq telah memberitakan daripada Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad bin Amru bin Hazm dan selainnya, bahawasanya As’ad bin Zurarah telah KELUAR dengan Mus’ab bin ‘Umair bertujuan ke ‘Daar’ Bani Abdil Asyhal dan ‘Daar’ Bani Zafar; dan adalah Sa’d bin Mu’az ialah sepupu As’ad bin Zurarah. Maka dia memasuki satu kawasan perkebunan Bani Zafar di satu perigi bernama Marq. Mereka berdua duduk di dalam kebun itu, dan berhimpunlah disekeliling keduanya lelaki2 yang telah pun menerima Islam; dan Sa’d bin Mu’az serta Usaid bin Hudhair pada ketika itu ialah ketua bagi kaum mereka dari kalangan Bani Asyhal dan mereka masih lagi sebagai musyrik dgn agama kaumnya. Dan apabila mereka mendapat khabar berkenaan (usaha yg dijalankan oleh As’ad dan Mus’ab), berkata Sa’d kpd Usiad: “Tidak maruahlah bagi kita! Engkau pergilah kepada dua orang tersebut yang telah mendatangi ‘daarainaa’ (rumah-rumah kami).

Pemerhatian:

1. As’ad dan Mus’ab telah KELUAR ke perkampungan Bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar. Di sana, mereka memilih satu tempat berdekatan degan perigi di dalam satu kebun.

2. Di sana, mereka telah membentuk halaqah taklim dan halaqah dakwah iman. Berhimpun disekeliling mereka berdua, lelaki-lelaki
yang telah Islam.

3. daripada kata2 Sa’d bin Mua’z, dapat difahami, As’ad, Mus’ab dan beberapa orang yg bersama mereka, bukan sekadar mengadakan halaqah di dalam kebun, tetapi juga mendatangi rumah-rumah kaum bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar.

4. Ini jelas daripada kata2 Sa’d: qad atayaa darainaa (mereka berdua telah mendatangi rumah-rumah kita)

5. Dan jika kita kaji kisah mereka berdua ini seterusnya, kita akan dapati sesungguhnya kisah ini ialah ASAS kepada kerja 5 amal jamaah masjid, terutamanya kerja-kerja 2 ½ jam harian.

6. Di akhir cerita ini, akhirnya dgn sebab keluarnya As’ad dan Mus’ab, akhirnya seluruh bani Asyhal telah menerima hidayah dan memeluk agama Islam.

Daripada dua kisah di atas, masihkah ada ruang keraguan, bahawa Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat baginda telah pergi kampung ke kampung, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu, mata bertentang mata, hati ke hati dan mendakwahkan manusia kepada Allah?
Baca Selanjutnya...

Buku-Buku Menjawab Tuduhan Ke Atas Jemaah Tabligh

Sejak sekian lama usaha agama (dakwah dan tabligh secara istimaie) menerima kritikan, tuduhan, fitnah dan salah faham dari ramai pihak. Usaha agama sangat halus dan hanya yg memiliki kefahaman agama yg sangat tinggi mampu menjelaskannya. Berikut adalah buku rujukan yang InsyaAllah dapat membantu sekurangnya meleraikan sedikit salah faham terhadapap usaha ugama ini.

Judul asli : Nadzrah Ilmiyah fi Ahlit Tabligh wad Da’wah
Pengarang : Syeikh Ayman Abu Syadi
Penerbit : Maktabah Al-Majallad Al-Araby Cairo
Jumlah siri : 5 buku
Jumlah hal : seri I (128 h) seri II (128 h) seri III (270 h) seri IV (285 h) seri V (319 h)

Buku ini terdiri dari 5 siri dengan jumlah halaman yang berlainan. Dikarang oleh Syeikh Ayman Abu Syadi. Beliau adalah bekas mahasiswa Universiti Al-Azhar dengan memperoleh ijazah ‘aliyah dari fakulti Syariah Islamiyah, sebagaimana tertulis pada sampul bukunya. Beliau juga memiliki sanad (rantai ilmu) dalam bidang aqidah, hadits, ushul fiqh, dan fiqh, bahkan telah diberi kebenaran (ijazah) oleh gurunya untuk menyampaikan ilmu yang telah dimilikinya.

Kelima-lima siri buku karya Syeikh Ayman Abu Syadi ini amat-amat sesuai dijadikan buku bacaan para pendakwah ( khusus : Jamaah Tabligh) agar tidak lemah oleh banyaknya tuduhan-tuduhan dari berbagai gerakan yang tidak menyukainya. Bahkan, perlu dibaca juga oleh mereka-mereka yang menganggap Jamaah Tabligh (yang sesetengah orang-orang menuduh) ini telah menyimpang dari ajaran Nabi SAW (bid’ah). Juga kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih jauh tentang Jamaah Tabligh itu sendiri.


Setiap siri dari kelima siri buku berkenaan menjawab satu tuduhan (syubuhat) yang dilontarkan oleh berbagai gerakan yang menuduh Jemaah Tabligh ini sesat, pengarang menjawab dengan dalil dari Quran, Sunnah, maupun perkataan ulama-ulama salaf dengan mengutipkannya dari rujukan-rujukan Kitab Klasik (turats).

Siri pertama membahaskan tentang penentuan nishab (tahdidul awqath) yang ada dalam aktiviti Jamaah Tabligh seperti 3 hari, 40 hari, 4 bulan, serta menjawab berbagai tuduhan yang berkaitan dengan hal tersebut. Pada siri pertama ini sebelum masuk pada jawapan atas tuduhan, pengarang menjelaskan terlebih dahulu tentang :

1 ) Pengertian bid’ah menurut berbagai pendapat ulama (Imam Az-Zarkasyi, Syaikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalany, dll),

2 ) Mengketogorikan bid’ah itu ke dalam bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah (Imam Syafi’i, Imam Syatiby, Al-’Allamah Al-Ainy, dll),

3 ) Juga memaparkan pendapat-pendapat ulama lain yang membahagikan bid’ah menjadi 5 bagian; wajibah, mandubah, mubahah, mamnu’ah, makruhah (Imam Al-Qarafy, Imam Nawawy, Imam Al-’Izz bin Abdus Salam, dll).

Siri pertama ini disudahi dengan lampiran fatwa-fatwa dan pandangan para ulama tentang Jamaah Tabligh. Di antaranya; Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abu Bakr Al-Jazairy, Dr. Muhammad Bakr Ismail, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, dll.

Siri kedua membahas tentang konsep jihad (mafhumul jihad), bagi menjawap atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh mengingkari adanya jihad dan menyempitkan makna jihad serta mengalih makna jihad pada makna ‘dakwah’. Siri kedua ini disudahi dengan fatwa dan pandangan beberapa Ulama Islam (Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi, dll)

Siri ketiga membahaskan tentang konsep’kesetiaan dalam Islam’ (al-wala’ wal bara’), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak memiliki ‘kesetiaan dalam Islam’ dan tidak memiliki ikatan keimanan yang teguh. Kemudian sebagaimana pada siri sebelumnya, disudahi dengan pandangan dan fatwa ulama (Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadwy, Prof. Dr. Wahidudin Khan, dll)

Siri keempat membahas tentang konsep keislaman cara Nabi SAW (manhaj nabawy), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak ingin menegakkan agama Islam di muka bumi dan tidak menginginkan masyarakat Islam itu terbentuk. Lalu disudahi dengan pandangan dan fatwa para ulama (Syeikh Sa’duddin Sayyid Shalih, dll)

Siri kelima membahas tentang konsep mencegah kemunkaran (taghyirul munkar), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak mempedulikan adanya kemunkaran dan tidak menganggap bahawa mencegah kemunkaran adalan sebahagian dari kewajipan seorang Muslim. Siri ini juga disudahi dengan fatwa dan pandangan para ulama (Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthy, dll)

Demikian ulasan singkat dari buku ini. Sebenarnya banyak pembahasan-pembahasan yang menarik terdapat di dalam setiap siri buku-buku ini, malah hampir semua tuduhan dijawab dengan jawaban yang dirujuk dari kitab Islam Klasik (turats) bahkan pengarang juga membahaskan dengan menggunakan kaedah ushul fiqh, namun apa yang dipaparkan di sini hanyalah gambaran singkat sahaja dari isi buku-buku berkenaan.
Baca Selanjutnya...

Saturday, April 3, 2010

Maulana Zakariyya Pengarang Kitab Fadhail Amal

Alhamdulillah. Mudahan keterangan ustaz dapat menjernihkan pandangan buruk sesetengah masyarakat islam terhadap kitab fadhail amal dan pengarangnya.

Keterangan Dari Ust. Ahmad Nasim Abd. Rauf:





Perlu diketahui bahwa beliau sendiri (Maulana zakariya alkandahlawi rah) sedikit sekali menggunakan pendapat beliau dalam kitabnya tersebut (fadhoilul amal), Namun beliau mengutip/mengambilnya dari ulama-ulama terdahulu..Bila anda pernah melihat maraji dari kitab tersebut maka saya yakin anda juga akan memahami kitab-kitab yang beliau gunakan sebagai marajinya..

berikut maraji dari kitab tersebut:
1- Kitab Bukhari Sharif - oleh Abu Abdullah Muhammad bin Ismail
2- Fathul Bari - oleh Abu Fadhl Ahmad bin Ali bin Hajar Asqalani
3- Asadul Ghabaah - oleh Allamah Ibnu Asir Jazuri
4- Durr Mantsur - oleh Allamah Jalaluddin Sayuti
5- Khashaish Kubra - oleh Allamah Sayuti
6- Tarikh Khamis - oleh Syeikh Husain Muhammad Ibnu AlHasan
7- Bayanul Qur'an - oleh Maulana Ashraf Ali Tanwi
8- Jamiul Fawaidh - oleh Muhammad bin Muhamm Sulaiman
9- Tarikhul Khulafa - oleh Allamah Jalaluddin Abd Rahman Sayuti
10- Ashur Mashahir Islam - oleh Rafiq Baki Al Azim

11- Mishkat Sharif - oleh Waliyuddin Muhammad bin Abdullah
12- Ihya Ulumuddin - oleh Imam Al Ghazali
13- Sahih Muslim - oleh Abu Al Hasan Muslim bin Al Hajjaj
14- Qiyamul Lail - oleh Muhammad bin Ahmad bin Ali Marwazi
15- Sunan Tirmidzi - oleh Muhammad bin Isa bin Surah AtTirmidzi
16- Shamail Tirmidzi - oleh Muhammad bin Isa bin Surah AtTirmidzi
17- Tazkiratul Hufaz - oleh Shamsuddin Muhammad bin Ahmad Zaibi
18- Bazlul Majhud - oleh Maulana Khalil Ahmad Muhajir Madani
19- Ash Shifa - oleh Qadi Iyadh bin Musa Al Hushaibi
20- Sunan Abu Daud - oleh Abu Daud Sulaiman bin Ash'ats Sajistani

21- Al Muwatta' - oleh Abu Abdullah Maliki bin Anas bin Malik
22- Kitabul Amwal - oleh Imam Abu Abid AlQasim bin Salam
23- Iqamatul Hujjah - oleh Maulana Abdul Hayy Laknawi
24- Baihaqi - oleh Abu Bakar bin Husain bin Ali AlBaihaqi
25- Dirayah - oleh Hafiz Ibnu Hajar Alaihir Rahmah
26- Al Ishabah - oleh Hafiz Ibnu Hajar AlAsqalani AsShafi'
27- Qurratul 'Uyun - oleh Syeikh Abu Laith Samarqandi
28- Tafsir Azizi - oleh Shah Abdul Aziz Dahlawi
29- At Tabaqat - oleh Muhammad bin Sa'id Katibi Al Waqidi
30- Kitabul Ummah Wal Siyasat - oleh Abdullah bin Muslim

31- Talqihu Fuhumul Asir - Jamaluddin, Abd Rahman bin Al Jawazi
32- Musnad Ahmad - oleh Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
33- Awajazul Masalik - oleh Maulana Muhammad Zakariyya
34- Sunan Ibnu Majah - oleh Muhammad bin Yazid AlQardini
35- Sunan Darami - oleh Abdullah bin Abd Rahman AdDarami
36- Isti'ab - oleh Hafiz Ibn Abdul Bar Maliki
37- Sunan Tabrani - oleh Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub
38- SUnan Nasai - oleh Ahmad bin Shu'aib bin Ali
39- AtTarghib Wat Tarhib - oleh Abd Azim bin Adb Qawiy AlMunziri
40- Ibn Hibban - oleh Muhammad bin Hibban bin Ahmad

41- Musnad Hakim - oleh Muhammad bin Abdullah bin Muhammad
42- Az Zawajir - oleh Imam Ibn Hajar alMakki Al Haitami
43- Musnad Bazzar - oleh Abu Bakar Ahmad bin Umar Al Bazari
44- Mushannif - oleh Abdullah bin Muhammad Ibnu Abi Shaibah
45- Musnad Abu Ya'la - oleh Ahmad bin Ali bin AL Masna Al Muwashal
46- Sunan Darru Qutni - oleh Abul Hasan bin Ali bin Umar bin Ahmad
47- Sharhus Sunnah - oleh Husain bin Mas'ud Al Farail
48- Hilyatul Aulia - oleh Abu Nu'aim Ahmad bin Abudllah Asfahani
49- Rahmatul Muhtadah - oleh Abul Khairi Nurul Hasan Khanal Husaini
50- Kanzul Ummal - oleh Allamah Ali Burhan Puri

51- Musnad Ibnu Khuzaimah - oleh Muhammad bin Ishaq Ibnu Khuzaimah
52- Musnad Al Firdaus - oleh Abu Mansur Ad Dailami
53- Musnad Abu Awanah - oleh Ya'kub bin Ishaq bin Ibrahim Naisaburi
54- Zadus Sa'id Fi Zikrin Nabiyyil Habib - oleh Hadrat Aqdis Tanwi
55- Al Qaulil Badi' Fis Solati 'Alal Habibi - oleh Shamsuddin Muhammad
AsSakhawi
56- Raudhul Faiq - oleh Syeikh Shu'aib Al Harifaishi
57- Nazhatul Basatin - oleh Abdullah bin As'ad Yamani Yafi'i
58- Harzut Thamin Fii Mubashiratin Nabiyyil Amin - oleh Shah Waliyullah
Dahlawi
59- Yusuf Zulaikha - oleh Maulana Abd Rahman Jami'
60- Qashidu Qasimi - oleh Maulana Muhammad Qasim Nanatwi

61- Ahkamul Qur'an - oleh Abu Bakar Ahmad bin Ali Razi Al Jashashi
62- Aini Sharah Bukhari - oleh Badruddin Abu Muhammad bin Ahmad Aini
63- Mirqatu Sharah Mishkat - oleh Nuruddin Ali bin Sultan Muhammad Harwi
64- Mazahirul Haq - oleh Nawab Qatbuddin Khan Bahadur
65- Fatwa Alamgiri - oleh Ulama Hindustan, Hadrat Alamgiri
66- Ainul Ma'bud - oleh Abu Abd Rahman Sharif
67- Tanbihul Ghafilin - oleh Shaikh Abu Laith Samarqandi
68- Jamal - oleh Syaikh Sulaiman Al Jamal
69- Hisni Hasin - oleh Shamsuddin bin Muhammad Al Jazuri
70- Majmu'uz Zawaid - oleh Hafiz Nuruddin Al Haishami

71- Kaukabud Durri - oleh Syaikh Zadu Majdah
72- Hujjatullah Al Balaghah - oleh Shah Waliyullah
73- Maqasid Hasanah - oleh Shamsuddin Muhammad b. Abd Rahman
74- Jamius Saghir - oleh Abd Rahman Jalaluddin Suyuti
75- Tafsir Kabir - oleh Imaduddin Abul Fadai Ismail bin Umar bin Katsir
76- Tafsir Khazin - oleh Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim
77- Ithaf Sadatul Muttaqin - oleh Muhammad bin Muhammad Az Zubaidi
78- Mustadrak Hakim - oleh Muhammad bin Abdullah Naisaburi
79- Irwahi Thalasah - oleh Tartib, Maulana Zahuri Al Hasan
80- Tahzibul Muhtazib - oleh Ahmad bin Ali bin Hajar Asqalani

81- Musamirat - oleh Syaikh Akbar Ibnu Arabi
82- Riyadhur Riyahin - oleh Abdullah bin As'ad Yamani Yafi'
83- Mashirul 'Azam - oleh Jamaluddin Abd Rahman bin Al Jauzi
84- Al Kamil - oleh Izzudin Ali bin Muhammad Ibnu Asir Jazuri.

Hadith-hadith dan riwayat yang ditulis dalam Kitab Fadha'il Amal ini kebanyakannya diambil dari Sahih Sittah (Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasai', Ibnu Majah) dan banyak lagi kitab-kitab lain yang dijadikan rujukan Kitab Fadha'il Amal. Apa yang ditulis adalah sinaran cahaya (nur) dari ucapan dan perkataan orang terdahulu, para qudama dan aslaf, yang diambil dari kitab muktabar dan muktamad.

Syaikhul Hadith Maulana Zakariyya (rahimahullah) sendiri telah menyatakan hal ini dalam risalah Fadha'il Al-Quran, "Penting juga diingatkan bahawa sesungguhnya saya sandarkan kitab ini atas takrij dari kitab Al-Mishkat, Tanqidur Ruwat, Tahrij, Syarah Al-Mirqad, Syarah Al-Ihya Ul-Ulum dan At-Targhib karangan Al-Munziri. Kebanyakan yang diambil dari kitab tersebut tidak lagi disebut rujukannya. Dan apa yang diambil selain kitab tersebut akan disebutkan rujukannya.

Kitab Fadha'il Amal ini adalah suatu penghormatan bagi seluruh kitab-kitab yang tercantum di dalamnya. Dalam Fadhilat Al-Quran, penjelasan sengaja ditulis kerana riwayat-riwayat dalam risalah petikannya dikatakan dha'if. Oleh itu ditulis secara khusus disertai berbagai jalan dan penguat-penguat atas riwayat tersebut agar mencapai darjat kuat. Beginilah ketentuan para muhaditthin, bahawa hadith dha'if itu saling menguatkan satu sama lain sebagaimana dijumpai dalam kalimat-kalimatnya.

Dalam hal ini, memadai apa yang telah ditulis sendiri oleh Syaikhul Hadith, dipetik dari sepuck surat jawapan beliau, "Mengenai riwayat-riwayat dalam Fadha'il Amal, pada fikiran saya secara keadahnya bahawa ada sedikit kelemahan dalam riwayat-riwayat fadha'il tetaplah diterima kerana riwayat-riwayat yang diambil itu dijaga aturan kehormatannya. Dan riwayat-riwayat yang dibincangkan disertai penjelasan sebab-sebab dha'ifnya.

Keluhan-keluhan mengenai hal ini tidaklah datang dari kalangan orang awam namun dari kalangan ahli ilmu. Oleh itu ditulis juga matan Arabnya. Akan tetapi hal itu tentu terlalu tinggi bagi taraf orang awam.

Berikut perkataan beliau mengenai kitab beliau:
Seandainya pada fikiran anda ada riwayat-riwayat yang dianggap dha'if dan tidak diterima maka janganlah berat untuk memberitahunya. Setelah saya telaah ada kemungkinan akan dikeluarkan.

Hamba yang hina ini tidak hanya cukup dengan pendapat peribadi tetapi telah mengambil juga pendapat beberapa ahli ilmu, terutama Maulana As'adullah (pengurus Madrasah Mazahir Ulum) dan Qari Said Ahmad (Mufti Azam Mazahir Ulum) yang secara huruf ke huruf turut menyemak kitab Fadha'il ini dan mereka diberikan kebebasan menorehkan tinta di dalam hal yang patut diperbaiki. Hasil dari itu lebih kurang seperempat atau seperlima dari naskah asal kitab ini telah dikurangkan. Walaupun telah melalui semakan demikian tetap masih banyak kekurangannya.

Kebanyakan hikayat2 seumpama tersebut adalah dari kitab Fadhaail Salawat, dan kisah2 tersebut kebanyakannya diceritakan berdasarkan mimpi2 dan karamah (miracle) Auliya terdahulu, bukannya hadith. Mimpi dan Karamah ni TIDAKboleh diambil sebagai hujjah untuk syari'at Islam, tapi ia adalah sesuatu yang HAQ yang kita tak boleh nafikan. Persoalan yang sepatutnya timbul, adakah kisah2 itu sahih? Tapi malangnya sesetengah pihak (saya tak suka namakan sebab saya tak suka melabel) tidak percaya Karamah dan Mimpi sedemikian boleh berlaku, LALU MENGHENTAM DAN MEMFITNAH BAHAWA PEMIMPIN TABGLIGH MEMBUAT KISAH KEBOHONGAN. Sedangkan Ulama2 lain mendiam diri bila kisah sedemikian diceritakan, kerana pada mereka perkara macam tu boleh berlaku, tapi di luar logik akal. Kisah pemuda dan anjing dalam Surah Al Kahfi dalam Al Quran sendiri sudah cukup membuktikan karamah ada berlaku, bukannya pada Nabi semata-mata.

Rujukan:
http://www.whitethreadpress.com/authors/shaykh_zakariyya.htm

Copy paste:
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-353821-page-1.html
Baca Selanjutnya...