Wednesday, April 7, 2010

Bukti Nama Muhammad Di dalam Injil


Bahagian 1

Bahagian 2


Dalam usia dua belas tahun, bapa saudara Baginda - Abu Thalib, membawa bersama-samanya ke Negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan nama “Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama Buhaira, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Beliau memerhatikan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam, kemudian bertanya kepada Abu Thalib.

Katanya: “Budak ini anak tuan hambakah?”



Lantas dijawab oleh Abu Thalib: “Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku.” Oleh kerana Abu Thalib terlalu kasih dan sayang kepada Rasulullah sejak dahulu lagi, maka beliau menyebut-nyebut Baginda sebagai anaknya.

Kemudian Buhaira menegaskan: “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.”

Abu Thalib menjawab: “Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya.”

Paderi tadi menambah: “Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam Injil, dan di sini ingin saya memberi nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang. Sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi, mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung.”

Paderi itu juga menyatakan ada ramai orang yang dengki pada kehadiran nabi akhir zaman dan ingin membunuhnya

Maka Abu Thalib pun segeralah pulang ke Mekah bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam.

Suatu ketima Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersama dengan kabilah perdagangan ke Syam yang pada ketika itu majikannya ialah Siti Khadijah, baginda sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.

Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh.
Seorang rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia terhairan-hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu kerana pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat. Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.

Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: "Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?"

Maisarah menjawab: "Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang."

Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.

Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW, bertanya: "Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?"

"Dari Makkah".

"Dari qabilah mana?" tanya sang Rahib.

"Dari Quraisy, tuan!"

"Dari keluarga siapa?"

"Keluarga Bani Hasyim."

"Siapa namamu?"

"Namaku, Muhammad."

Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib itu berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan:

"Laa Ilaaha Illallaah, Muhammadur Rasulullah."

Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub, seraya bertanya: "Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?"

"Tanda apakah yang tuan maksudkan?" tanya Muhammad SAW.

"Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!"

Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan.

"Ya....ya....tertolong, tertolong!" seru Rahib. "Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!"

Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan:

"Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa’at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!"

Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.

Beberapa hari di Syam, mereka bertembung dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran.

Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gementar ketakutan.

Seorang di antara mereka bertanya:

"Alamat apakah ini?" Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.

"Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini," jawab pengerusi upacara.

"Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!"

Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil, dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.

Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi.

Kisah pertemuan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dengan Buhaira semasa perjalanannya ke Negeri Syam bersama ayah saudara Baginda adalah satu-satunya hadith yang diriwayatkan oleh ramai ‘ulama’ Sirah. Hadith ini membuktikan kepada kita bahawa ahli kitab, iaitu orang Yahudi dan Nasrani, sudah pun mengetahui tentang pengutusan Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam melalui Kitab Taurah dan Injil, yang telah menceritakan satu-persatu tentang tanda-tanda dan kedatangannya.


Mengikut apa yang telah diperihalkan oleh ahli sirah, orang-orang Yahudi Madinah pernah menyebut tentang kedatangan Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam kepada puak ‘Aus dan Khazraj. Dan apabila dilahirkan sahaja mereka akan mengikuti dan beriman dengannya supaya dapat mereka berperang dan menghancurkan orang-orang ‘Aus dan Khazraj, seperti mana termusnahnya kaum ‘Ad dan Iram, kerana (pada waktu itu) Yahudi Madinah berselisih faham dan bermusuh-musuhan dengan dua puak ini.

Namun demikian, setelah datangnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam, mereka enggan pula beriman denganNya. Kesemua ini diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan setelah datang kepada mereka Al-Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah ke atas orang-orang yang ingkar itu." (Al-Baqarah: 89)

Al-Qurtubi menceritakan bahawa Sayyidina ‘Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada ‘Abdullah bin Salam, seorang paderi Yahudi yang telah memeluk Islam, semasa diturunkan ayat yang bermaksud:

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui." (Al-Baqarah: 146)

Kata Saiyyidina ‘Umar: "Tidakkah kamu mengetahui Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam itu sepertimana kamu mengetahui anak-anak sendiri?"

Jawab Abdullah; "Ya memang begitu, malah lebih daripada itu. Allah telah mengutus pembawa amanahNya dari langit untuk disampaikan kepada pembawa amanahNya di muka bumi ini. Segala sifat-sifat Rasulullah itu aku mengetahui lebih terperinci, sedangkan pengetahuan mengenai diri anak-anakku tidak aku tahu sepenuhnya."

Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘anhu, seorang sahabat yang terkenal, telah memeluk Islam kerana beliau mengetahui sifat-sifat dan kedatangan Rasulullah itu terlebih dahulu, kerana semuanya tersirat dalam Injil dan diperkatakan oleh paderi-paderi.

Segala-galanya ini tidaklah menunjukkan kepada kita bahawa kesemua ahli kitab percayakan segala-galanya ini. Pada hakikatnya ia adalah sebaliknya, sebab kitab-kitab Injil yang mereka baca sekarang sudah tidak langsung menyebut tentang Nabi Muhammad dan sifat-sifatnya, kerana tokok tambah dan tukar ganti sering dilakukan ke atas kitab ini oleh pihak paderi dan gereja. Perkara ini telahpun ditegaskan di dalam Al-Qur’an Al-Karim yang bermaksud:

"Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al-Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: ‘Ini dari Allah’, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan." (Al-Baqarah: 78-79)

Paderi Yahudi memang mengetahui bahawa Nabi Muhammad saw itu adalah Rasulullah. Abdul Mutalib (datuk Nabi) pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan paderi Yahudi di Syam. Paderi ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad.

Paderi yahudi ini telah mengubah isi kitab taurat dan mengatakan bahawa ianya adalah dari Allah. Orang awam dikalangan mereka pula menerimanya bulat-bulat. Paderi-paderi bangsa Yahudi yang menemui sifat-sifat Nabi SAW tertulis dalam kitab Taurat yang berbunyi:

Matanya seperti yang selalu memakai celak, tingginya ’sedang’, rambutnya ikal, mukanya cantik."

Akan tetapi mereka menghapuskan (perkataan tersebut dari Taurat) kerana dengki dan benci serta menggantinya dengan kalimah:

"Badannya tinggi, matanya biru, rambutnya lurus."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Paderi Yahudi biasa mendapat wang dan sanjungan rakyat bawahannya. Mereka mengharap agar Nabi yang akan diutus itu diangkat dari kalangan mereka. Ketika Nabi Muhammad SAW diutus bukan dari kalangan Yahudi, mereka takut kehilangan sumber keuntungan, kedudukan dan pengaruh. Lalu mereka mengubah sifat-sifat Muhammad yang di kitab Taurat, dan mengumumkan kepada para pengikutnya dengan berkata. "Inilah sifat Nabi yang akan keluar di akhir zaman dan tidak sama dengan sifat Muhammad ini." (Diriwayatkan oleh at-Tsa’labi dari al-Kalbi, dari Abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Paderi Yahudi yang mengubah kitab Allah itu akan dimasukkan ke dalam Neraka Wail. Penulis kitab, kitab dan hasil dari jualan kitab itu semuanya dimasukkan ke dalam Neraka Wail.

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (Al-Baqarah: 79)

=============================================================
Sedikit penerangan dari video di atas:
Di dalam buku song of solomon/kitab kidung agung(5:16),di dalam bahasa ibrani/hebrew :

"khiko mamtaqeem vekhulo MUHAMMADIM zeh dewdee,v'zeh ra'ee benot jerusalem."

maksudnya:

"Begitu manis tutur katanya,segala yg ada pdnya menawan hatiku.Demikianlah kekasihku dan sahabatku,Hai puteri2 jerusalem."

Perkataan "he is altogether lovely" yg tercatat di dalam bible sebenarnya adalah terjemahan drpd perkataan MUHAMMADIM dalam bahasa ibrani/hebrew..

'IM' dalam bahasa ibrani(bahasa yahudi),MENUNJUKKAN dua jenis kata plural...
1.plural of numbers
2.plural of respect

sama juga mcm bahasa arab...perkataan' kami' mempunyai 2 maksud...
1.plural of numbers
2.plural of respect..

kalau tak percaya pergi tanya org2 yang ahli dan pakar dalam bahasa arab.

CONTOH

perkataan ALLAH dalam hebrew adalah ELOHIM...ELOH=ALLAH,IM= plural of respect...

sama macam MUHAMMADIM..MUHAMMAD IM!

Kesilapan orang kristian ialah mereka menterjemahkan nama orang...sebab tu mereka bila dtanya nama muhammad ada x dalam kamu punya bible?mereka kata x de...pasal da dterjemahkan jd "altogether lovely"!!

CONTOH:

hafizuddin sedang minum air

hafizuddin dalam bahasa arab bermaksud menjaga agama(islam)
boleh kita terjemah jd begini?:

menjaga agama islam sdg minum air...

JESUS bangsa Yahudi dan berbicara bahasa Hebrew. Semua umat Islam tahu Nabi Muhammad bangsa Arab dan baginda bicara bahasa Arab. Apa pun yang dikatakan oleh JESUS, lebih tepat didalam Bahasa Hebrew.

Perhatikan perkataan dibawah:

מַחֲמַדִּי

Perkataan diatas adalah perkataan yang diambil dari Bahasa Hebrew dari BIBLE HEBREW. Bahasa Asli BIBLE. Ingat! JESUS bukan Arab.

Perkataan ini diambil dari Old Testament.

חִכֹּו מַֽמְתַקִּים וְכֻלֹּו מַחֲמַדִּים זֶה דֹודִי וְזֶה רֵעִי בְּנֹות יְרוּשָׁלִָֽם׃ 
(Song of Solomon 5:16)

Didalam Kitab Perjanjian Lama, Nabi Sulaiman atau SOLOMON dalam BIBLE ENGLISH ini adalah terjemahan bagi ayat di atas:

His mouth [is] most sweet, Yes, he [is] altogether lovely. This [is] my beloved, And this [is] my friend, O daughters of Jerusalem! (Song of Solomon 5:16).

Kenapa מַחֲמַדִּ diterjemahkan kepada lovely didalam terjemahan English? Bukankah itu sebuah nama? Oklah… pembuktian yang Nabi Muhammad sudah diramalkan kedatangannya sebelum kelahiran Jesus ada didalam BIBLE.

Saya tidak mahu menjadi blogger melalak tanpa bukti. Mari… ikut saya cari maksud perkataan diatas.

Bukti menunjukkan perkataan ini adalah merujuk kepada Muhammad:

מַחֲמַדִּי (copy paste perkataan ini untuk Google Translator)

boleh dibuktikan melalui beberapa enjin terjemah popular. Antara yang mudah ialah:

Terjemahan perkataan מַחֲמַדִּי melalui Google Translator

מַחֲמַדִּ (copy paste perkataan ini untuk WordLingo dan FreeTranslation)

Terjemahan perkataan מַחֲמַדִּ di dalam WordLingo Translator dan FreeTranslation:

http://www.worldlingo.com/en/products_services/worldlingo_translator.html

http://www.freetranslation.com/

Semoga Allah s.w.t. menjadikan orang Islam sebagai asbab hidayat seluruh manusia seluruh alam.

Sumber Rujukan:
http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah017.html
http://sirah.blogsome.com/2005/09/25/perjalanan-yang-pertama-ke-negeri-syam-dan-usaha-mencari-rezeki-halal/#more-33
http://sinarpermata99.blogspot.com/2009/06/nama-nabi-muhammad-di-dalam-bible.html
http://www.detikdaily.net/v5//modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2705&postdays=0&postorder=asc&start=0

Perbahasan Lebih lanjut:
http://mindaahad.wordpress.com/2010/03/09/kerasulan-muhammad-dalam-bible-bukti-12-3/
http://mindaahad.wordpress.com/2010/03/11/kerasulan-muhammad-dalam-bible-bukti-45-6/
http://mindaahad.wordpress.com/2010/03/14/kerasulan-muhammad-dalam-bible-bukti-78-9-akhir/

3 comments:

  1. benarlah seperti firman-NYA
    Syukran

    ReplyDelete
  2. BINGUNG BINGUNG!
    KATANYA SONG OF SALOMO DITULIS OLEH RAJA SULAIMAN ( NABI SULAIMAN )
    DIDALAMNYA ADA NAMA MUHAMMAD?
    ISINYA TENTANG PERCINTAAN YG VULGAR.
    COBA CARI YANG LENGKAP TENTANG SONG OF SALOMO ATAU KITAB KIDUNG AGUNG!
    KALO AKU BUNGUNG!

    ReplyDelete
  3. SIAP-SIAP MENINGGALKAN ISLAM SEBELUM KIAMAT.

    BATU HAJAR ASWAD DAN BATU RUKUN YAMANI.
    Siapakah sebenarnya batu-batu ini?
    Apakah batu-batu ini adalah alloh?
    Apakah tujuan naik haji hanya untuk mengusap batu-batu ini?
    Apakah batu-batu ini yang disembah waktu sholat?

    SADAR ATAU TIDAK SADAR SABDA INI DILAKUKAN AKAN MENGANTARKAN ANDA KE NERAKA.
    SABDA INI DIBACA HARUS MEMAKAI KACA PEMBESAR AGAR JELAS ARTINYA.
    sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam, “Sesungguhnya, mengusap Hajar Aswad dan Rukun Yamani dapat menghapuskan dosa-dosa.” (HR. Ahmad dari Ibnu Umar, dinyatakan shahih oleh Al-Albany dalam Shahih Al-Jami, no. 2194)

    ReplyDelete