Wednesday, April 7, 2010

Hidayah Allah Melalui Pengorbanan


Dizaman junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. telah dilaporkan bahawa, tasyil-tasyil telah dibuat oleh makhluk-makhluk Allah seperti kisah dakwah serigala kepada pengembala kambing dan kisah dakwah berhala kepada penyembahnya memberi tasykil untuk menyembah Allah dan menemui dan menerima Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir kerana sekarang bukan zaman penyembahan berhala.



MasyaAllah, sesungguhnya hanya Allah yang memberikan hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Bahkan Allah boleh menggunakan selain manusia untuk mejadi asbab hidayat.

Ketika itu adalah zaman penghamburan hidayat, yang mana Allah s.w.t. telah menunaikan janjinya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat bahawa zaman manusia yang akan berbondong-bondong memeluk Islam telah tiba. Bermula kepada peristiwa "Fatha Mekka" (pembukaan Mekah), Nur hidayat Islam telah tersebar hampir ke seluruh pelusuk Dunia Arab dan sekitarnya. Hidayat telah menjalar sehingga seburuk-buruk dan sekeji-keji manusia yang pernah bersumpah tidak mahu menerima Islam juga akhirnya mendapat hidayat. Keputusan Allah ini adalah setelah hampir selama 20 tahun sahabat-sahabat bersabar menerima segala kesusahan dan ujian daripada Allah dalam memperjuangkan agamaNya.

Maulana Saad dalam bayannya di Ijtimak Tongi tahun 2008 berkata lebih kurang bahawa Allah akan am kan hidayat apabila tahap pengorbanan , susah payah dan mujahadah orang-orang Islam untuk agama telah mencapai tahap yang Allah kehendaki. Dan sebagai memberi berita gembira, Maulana Saad Sab bagitau, kesemua ujian yang tuan-tuan hadapi ketika Ijtimak adalah kerana Allah s.w.t akan menggantikannya dengan sesautu yang lebih besar dan bernilai iaitu Hidayat.

Ijtimak Tongi 2008 adalah yang paling mujahadah dengan keadaan hujan yang berturut-turut dan banjir berlaku hampir di kebanyakkan Kitta (khemah) tempatan dan sebahagian Kitta tetamu luar negara. Akhirnya Ijtimak terpaksa dipendekkan menjadi sehari untuk orang tempatan namun jemaah luar negara tetap dengan 3 hari penuh program Ijtimak. InsyaAllah saya akan memberikan karghuzari keadaan dan suasana Ijtimak Tongi 2008 pada entri akan datang.

Sekian...

0 maklumbalas:

Post a Comment