Friday, April 23, 2010

Mengapa berdakwah dari rumah ke rumah?

Soalan: 

Mengapa perlu buat dakwah dari rumah ke rumah?

Jawapan I:

Untuk jawapan awal, suka saya nyatakan, kadang-kadang, sesuatu usul atau manhaj tidak didapati dengan sorih. Memang tidak akan didapati hadith yang menyatakan seperti, bersabda Rasulullah s.a.w., "aku telah pergi hari ini ke rumah si poolan.. kemudian si polan.. bla.. bla.."

Bagaimana pun, jika kawan saudara itu benar-benar bersekolah agama dan mempunyai kebolehan untuk menatap kitab-kitab sirah, pasti persoalan ini tidak akan timbul.

dalil, kadang-kadang diambil daripada 'mafhum' (yg boleh difahami) dan bukannya 'mantuq'(yg dituturkan/diceritakan).

Berkenaan dari rumah ke rumah minta kawan saudara buka kitab Hayatus-Sahabah dan baca ulang-ulang kali bab Dakwah Rasulullah dan Para Sahabat, semuanya terdapat pada jilid 1 ( bagi versi asal berbahasa Arab - bagi terjemahan Inggeris dan melayu, itu bergantung kpd cetakannya).

Oleh kerana kawan saudara itu bersekolah Arab, saya membuat anggapan dia mampu memahami bahasa Arab, dan semasa membaca riwayat-riwayat yang disusun oleh Maulana Yusuf rah.a. di dalam Hayatus-Sahabah, beliau mestilah faham gambaran keadaan bangsa Arab seperti cara susunan kabilah dan bani mereka, apakah yg dimaksudkan dengan 'Daar', perkampungan, cara susunatur rumah mereka. Inilah yg dinamakan sebagai 'mafhum'.
Sebagai contoh, satu petikan dripada kitab Hayatus-Sahabah;

"Ibnu Ishak juga menukilkan daripada Az-Zuhri, bahawa Rasulullah (s.a.w.) pernah juga menemui suku Kindah di 'daar'(perkampungan) mereka, dan berjumpa sendiri penghulu mereka bernama Malik. Baginda mengajak mereka beriman kepada Allah Azza Wa Jalla....." (Al Bidayah wa Ani-Nihayah 3: 139)

Di dalam riwayat ini, Nabi sa.w. diberitakan telah mendatangi suku Kindah. maknanya, Rasulullah s.a.w. telah PERGI kepada mereka, bukannya hanya menanti mereka datang kepada baginda.

Dan Rasulullah s.a.w telah menemui mereka di 'daar' mereka. 'Daar' ertinya rumah. Tentulah salah jika kita nak faham 'daar' itu dengan sebiji rumah. Ini kerana pada zaman itu, bangsa Arab akan duduk berkelompok mengikut kabilah atau suku masing-masing. Maka kelompok rumah-rumah ini dinamakan 'daar', samada 'daar' Kabilah atau daar Bani. Contohnya dalam perkampungan suku kaum Kalb, terdapat pula daar Bani Abdullah.

Jika demikian, bagaimanakah caranya Rasulullah s.a.w. berdakwah kepada mereka jika tidak pergi dari lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu?

Dalam riwayat ini juga menunjukkan, Rasulllah sa.w. menemui mereka dan mendakwah mereka kepada iman di rumah2 mereka, bukannya di khemah2 mereka pada musim haji. Manakala riwayat berkenaan usaha baginda s.a.w. berdakwah kpd mereka semasa musim haji, lebih jelas lagi caranya diberitakan. Dimana hadrat Abu bakr r.a. akan menjadi rehbar/dalil, Rasulullah s.a.w. sebagai Mutakallim, dan bersama mereka ialah Hadrat Ali r.a.. Tentunya Rasulullah s.a.w. merangkap amir. mana mungkin Hadrat Ali menjadi amir, sedangkan Rasulullah s.a.w. bersama mereka. lalu ketiga2 orang ini akan pergi dari khemah ke khemah di Mina.

Jawapan II :

Di sini suka saya memantapkan lagi muzakarah berkenaan adakah tidak dalil bahawa Rasulullah s.a.w. menjalankan dakwah baginda dari rumah ke rumah.

Dengan merujuk kepada Kitab Hayatus-Sahabah Jilid 1, cetakan Kutubkhanah Faidhi, Lahore, m.s. 79 (ini juga sebagai pembaikan yg lebih tepat kepada posting saya yg terdahulu):

Dan dikeluarkan juga oleh Ibnu Ishaq daripada Az-Zuhri: bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mendatangi kabilah Kindah di ‘manaazilihim’ dan dikalangan mereka seorang ketua yang dikenali sebagai Mulaih, maka Rasulullah s.a.w. telah mendakwah mereka kepada Allah, dan membentangkan kepada mereka mengenai diri banginda; tetapi mereka menolaknya.

Pemerhatian:

1. kalimah yg digunakan di sini ialah “manazilihim”. Manazil ilah kata jamak/plural kepada ‘manzil’ yang bererti rumah. Maknanya di sini, Rasulullah s.a.w. telah pergi ke perkampungan Kindah dan telah pergi dari rumah ke rumah untuk membentangkan dakwah kepada mereka. Termasuklah rumah ketua mereka yang bernama Mulaih.

2. jelas di sini, Rasulullah s.a.w. sendiri telah PERGI kepada mereka, dan bukannya menanti mereka.

Dalam mukasurat 195 kitab yang sama:

Ibnu Ishaq telah memberitakan daripada Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad bin Amru bin Hazm dan selainnya, bahawasanya As’ad bin Zurarah telah KELUAR dengan Mus’ab bin ‘Umair bertujuan ke ‘Daar’ Bani Abdil Asyhal dan ‘Daar’ Bani Zafar; dan adalah Sa’d bin Mu’az ialah sepupu As’ad bin Zurarah. Maka dia memasuki satu kawasan perkebunan Bani Zafar di satu perigi bernama Marq. Mereka berdua duduk di dalam kebun itu, dan berhimpunlah disekeliling keduanya lelaki2 yang telah pun menerima Islam; dan Sa’d bin Mu’az serta Usaid bin Hudhair pada ketika itu ialah ketua bagi kaum mereka dari kalangan Bani Asyhal dan mereka masih lagi sebagai musyrik dgn agama kaumnya. Dan apabila mereka mendapat khabar berkenaan (usaha yg dijalankan oleh As’ad dan Mus’ab), berkata Sa’d kpd Usiad: “Tidak maruahlah bagi kita! Engkau pergilah kepada dua orang tersebut yang telah mendatangi ‘daarainaa’ (rumah-rumah kami).

Pemerhatian:

1. As’ad dan Mus’ab telah KELUAR ke perkampungan Bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar. Di sana, mereka memilih satu tempat berdekatan degan perigi di dalam satu kebun.

2. Di sana, mereka telah membentuk halaqah taklim dan halaqah dakwah iman. Berhimpun disekeliling mereka berdua, lelaki-lelaki
yang telah Islam.

3. daripada kata2 Sa’d bin Mua’z, dapat difahami, As’ad, Mus’ab dan beberapa orang yg bersama mereka, bukan sekadar mengadakan halaqah di dalam kebun, tetapi juga mendatangi rumah-rumah kaum bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar.

4. Ini jelas daripada kata2 Sa’d: qad atayaa darainaa (mereka berdua telah mendatangi rumah-rumah kita)

5. Dan jika kita kaji kisah mereka berdua ini seterusnya, kita akan dapati sesungguhnya kisah ini ialah ASAS kepada kerja 5 amal jamaah masjid, terutamanya kerja-kerja 2 ½ jam harian.

6. Di akhir cerita ini, akhirnya dgn sebab keluarnya As’ad dan Mus’ab, akhirnya seluruh bani Asyhal telah menerima hidayah dan memeluk agama Islam.

Daripada dua kisah di atas, masihkah ada ruang keraguan, bahawa Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat baginda telah pergi kampung ke kampung, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu, mata bertentang mata, hati ke hati dan mendakwahkan manusia kepada Allah?

2 comments:

  1. SubhanAllah. Benarlah semua ini, beruntunglah orang yang kenal usaha ini, lebih beruntung lagi orang yang buat usaha ini. Yang telah ambil usaha ini, jadikan ia keperluan dan maksud hidup, tambahkan pengorbanan kerana:
    1. Tambah pengorbanan tambah Faham
    2. Kurang Korban kurang Faham
    3. Tidak korban jadi salah Faham.

    sebabtulah orang2 yang berilmu jika tidak korban dia akan dihijab dengan ilmunya sendiri. Innalillah....

    ReplyDelete
  2. Benar.. nauzubillah..
    Semoga Allah bagi hidayat seluruh alam... atas usaha,mujahadah eldest2 kita yang bangun buat usaha ni.. amin..

    ReplyDelete