Sebelum aku menerbitkan lebih banyak catatan, terlebih dahulu biarlah aku menceritakan secara ringkas maksud penggunaan tajuk "Pengembara Lara" dari persepsi dan pandangan aku sendiri.
Mungkin ramai yang akan menyangka, pelik, dan bertanya kenapa aku menggunakan tajuk "Pengembara Lara" ini. Sebenarnya ada sesuatu yang tersirat didalam maksud "Pengembara Lara" yang menyebabkan aku menjadikannya sebagai tajuk blog ini.
Didalam istilah melayu kalian pasti pernah mendengar maksud "Penglipur Lara" yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu "Penglipur" yang bermaksud penghibur dan "Lara" membawa maksud duka atau kesedihan hati apabila dicantumkan akan dipanggil "Penglipur Lara" iaitu pengibur kesedihan hati.
Laa...
Apa kaitan "Penglipur Lara" dengan "Pengembara Lara" ?
Maksud sebenar "Pengembara Lara" dalam pandangan aku (suka hatilah aku nak pandang apa) ialah:
Mencari, menjarah dan mengembalikan "Permata Di Awal Kurun" yang hilang dengan kesedihan, kesusahan , doa dan tangisan hati untuk melihat diri sendiri dan seluruh umat dapat datang pada agama.
Macamne?
Yang penting, aku sendiri dapat amal apa yg aku tulis ini, InsyaAllah. Buat ayat atau tajuk hebat-hebat tetapi kalau tak amal hancur jugak (kan dah pancung diri sendiri).
Sekian...
Assalamualaikum
ReplyDeleteblog anda sudah di add di blogkarkun Alhamdulillah
http://blogkarkun.blogspot.com/
moga terus kekal dalam iman dan amal Insya Allah
doakan ana ya
Assalamualaikum
YM / email ana : hainur83@yahoo.com
ReplyDeleteInsya Allah
Assalamualaikum
Teruskan berblog ya
ReplyDeletenanti2kan post terbaru Insya Allah
Assalamualaikum
Wa'alaikumussalam,
ReplyDeleteMasyaAllah, JazakaAllah tuan Hainur kerana sudi bertandang.