Monday, April 26, 2010

Mengapa Kitab Fadhail A'mal?


Mengapa rakan usaha ugama menggunakan hanya beberapa kitab tertentu untuk rujukan atau di dalam bacaan halqah taklim?

Untuk artikel ini saya hanya memberikan sedikit pendapat dan ianya bukanlah pendapat umum cuma pendapat peribadi saya yang lemah shj. Sekiranya ada pembaikan dari artikel ini silalah maklumkan saya.

Ramai kawan-kawan saya sering bertanya kenapa asyik membaca kitab yg sama berulang-ulang kali sedangkan ada banyak kitab-kitab yg lebih besar dan lebih sahih seperti Hadith 40, Kitab Hadith Sahih Bukhari dan Muslim dan lain-lain.

Jawapan saya hanyalah mudah... "silibus taklim".

Usaha ugama ialah seolah madrasah dan semestinya ada silibus yang telah dimesyuaratkan sepertimana pihak kementerian menetapkan satu-satu silibus pembelajaran untuk setiap darjah dan tingkatan di kedua-dua sekolah rendah dan menengah.

Untuk majlis taklim di masjid dan di rumah, a'mir di Nizamudin telah menetapkan beberapa jenis kitab untuk amalan bacaan harian.

Kitab-kitab tersebut antara lain sebagai berikut:
  • Fahail A’mal oleh Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah. Satu jilid dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia dan juga Bahasa A’rab.
  • Fadhail Sadaqah Oleh Syeikhul Hadis Maulana Zakariyya Kandahlawi rah Juga dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Kedua kitab di atas dianjurkan untuk dibaca kepada umum kerana isinya mudah difahami dan kandunganya diperlukan dalam kehidupan sehari-hari oleh semua kalangan ummat.
  • Fadhail Haji dan Fadhail Salawat oleh Syeikhul hadis Maulana Muhammad Zakariyya Kandahlawi rah Juga dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia digalakan bibaca untuk umum ketika menjelang musiam Haji. Manakala Fadhail Selawat dibaca secara bersendirian.
  • Riyadhus Solihin oleh Imam Nawawi Ad Dimasqi rah dianjurkan untuk dibaca membaca dan menelaahnya sebanyak dan sekerap yang mungkin. Bagi kalangan rombongan Jemaah dari negera-negara A’rab digunakan dalam pembacaan Ta’lim harian mereka sebagai penganti Fadhail A’mal.
  • Hayatus Sahabah oleh Maulana Muhammad Yusof Kandahlawi rah dicetak dalam bahasa A’rab sebanyak tiga jilid. Digalakan menelaahnya oleh mereka-mereka yang berkebolehan berbahasa A’rab. Ianya dibaca diseluroh Markas-markas di seluroh dunia ketika malam perhimpunan selepas Solat Insya. Jilid pertama telah selesai diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.
  • Miskatul Masabbih oleh Imam Khatib At Tibrizi rah. Sebagai bacaan tambahan dan rujukan.
  • At Tarhib Wa Targhib oleh Imam Hafiz Al Munziri rah sebagai bacaan tambahan dan rujukan.
  • Al Abwabul Muntakhabah min Miskatil Masabbih oleh Maulana Muhammad Ilyas Al Kandahlawi rah. Sebagai bacaan tambahan dan rujukan.
  • Al Ahadissul Muntakhabah oleh Maulana Yusof Al Kandahlawi rah juga sebagai bacaan tambahan dan rujukan semasa.
  • Al Adaabul Mufrad oleh Imam Al Bukhori rah. Sebagai rujukan adab-adab.

(senarai kitab-kitab dan penjelasannya di ambil dari kitab Meluruskan Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh muka surat : 22- 23, Karangan Mulwi Ahmad Harun Al Rasyid , Temboro,Magetan Indonesia dengan sedikit pindaan untuk kesesuaian dalam Bahasa Malaysia)

Walau bagaimana pun kitab-kitab yang lain juga digalakan untuk membacanya secara persendirian.

Usaha ugama adalah usaha secara Istima'e dan perlulah dilaksanakan melalui mesyuarat dan nasihat dari amir dan ulamak-ulamak. Menggunakan kitab-kitab ini di majlis taklim seperti yang diputuskan melalui mesyuarat adalah sebagai suatu kemudahan untuk setiap orang Islam memahami dan mengamalkan agama.

Tujuan utama majlis taklim adalah untuk membina keyakinan ke atas janji-janji Allah. Ianya dipanggil "Ikhtisab" iaitu beramal dengan menyakini janji-janji yg Allah sediakan selain untuk mendapatkan nur Alquran dan Al-hadith.

Allahua'lam...

3 comments:

  1. asalmualaikum......
    salam kenal akhie.....
    blognya bagus...........

    ReplyDelete
  2. ini pendapat ana yg dha'if juga... kitab lain yang muktabar seperti yg disebutkan rasanya kurang wajar dianggap sebagai bahan bacaan atau rujukan tambahan (pendapat sahaja).. bukankah itu seolah2 menganggap kitab2 tersebut bukanlah yang utama.. padahal ulama dakwah & tabligh mempelajari kitab2 hadis yg 6 & lain2 smsa mereka di madrasah.. maulana zakariyya rah sendiri pengajar sahih Bukhari di India smasa hayat beliau..

    ReplyDelete
  3. salam. perbahasan yg menarik.
    kalau boleh utk tambahan.

    saya pernah dengar orang2 lama ceritakan sejak zaman maulana ilyas lagi, ada ulama2 yg keluar berhampiran nizamuddin ketika itu telah menimbulkan hal ini ketika mesyuarat mereka. mengapa tidak pilih kitab2 lain contohnya kitab fiqah utk taklim, maka dlm mesyuarat telah diputuskan bebrapa org utk berjumpa dan bertanya sendiri dgn maulana ilyas. maka jawab maulana ilyas, yang dikehendaki menggunakan kitab yang sama berulang2 adalah untuk memantapkan/meneguhkan keyakinan terhadap firman2 Allah dan hadith2 nabi. supaya dengan berulang2nya pembacaan itu akan menimbulkan semangat dan keyakinan akan amalan tersebut. contohnya apabila diulang2 lagi dan lagi hadith berkenaan solat maka ia akan melekat dihati dan menimbulkan ihtisab (yakin dengan janji) sehingga nilai setiap amal itu begitu sekali tertancap dlm hati sehingga akhirnya kita akan istiqamah dgn amalan tersebut sehingga mendapat keikhlasan.

    dan bukannya tujuan untuk menambah ilmu. jika yang dikehendaki semata2 untuk menambah ilmu maka tidak perlu diulang2 kitab yang sama. disinilah point yang sebenarnya.

    kitab2 fadail itu juga sebenarnya diminta oleh maulana ilyas supaya dikarang oleh syeikhul hadith maulana zakaria agar ia boleh dibaca oleh seluruh tabaqat (peringkat) ummat. samada yang sangat jahil sehinggalah para alim ulama.

    sepatutnya tidak timbul perbahasan yang melampau mengapa pertikaikan penggunaan kitab tersebut. ianya adalah kitab2 awal yang ditulis untuk memudahkan kefahaman agama dan menimbulkan minat untuk melakukan amal soleh.

    silakan membaca kitab2 lain, bahkan satu fardu ain untuk mempelajari ilmu masail dengan ulama dan para ustaz agar amalan menjadi sahih dan jauh dari kejahilan.

    wallahu a'lam. sila betulkan jika salah.

    ReplyDelete