"Wahhh, nampaknya aku dah semakin jauh..." (jauh apa plak tuh)
"jauh" dari usia muda maksudnya dah mulai meningkat tua.
"jauh" dari kesenangan maksudnya kesusahan, ujian dan tanggungjawab semakin mencabar.
"jauh" dari dunia maksudnya bakal meninggalkan dunia. (nih yg penting hahaha)
Nih memang amat memalukan tetapi aku bukanlah nak buka keaiban sendiri, tetapi mahu dilihat dari segi naluri kebudakan yg tidak peduli apa orang nak kata.
Apabila dilihat lebih mendalam, zaman kanak-kanak adalah zaman yg mana hati kita lebih ikhlas untuk melakukan apa sahaja. Tidak terkongkong dan terikat dengan keadaan dan pandangan orang. Namun apabila ketika mulai matang dan dewasa, kita banyak memiliki sifat "Bias" dan kejahatan hati.
InsyaAllah pada entri akan aku akan sertakan lebih banyak gambar dan catatan peribadi.
0 maklumbalas:
Post a Comment